“Sebagai Seorang Islam, Saya Maafkan Dia”- Bapa Khairil, Mangsa Kemalangan UiTM

LocalPolitics
12 Oct 2024 • 4:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Khairil Anwar, seorang penuntut UiTM Dungun yang maut dalam kemalangan di Kampung Sura Hujung, menyatakan beliau sudah memaafkan pemandu SUV yang terlibat.

Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia. Kalau tak maaf, dendam takkan habis.- Kata Jamaludin.

Jamaludin berkata begitu selepas suami kepada pemandu SUV, Azhar Ahmad memohon maaf. Walaupun sudah memaafkan, Jamaludin tetap akan mengambil tindakan undang-undang demi keadilan anaknya.

image is not available

Menurutnya, kehilangan Khairil Anwar amat perit kerana sebelum ini, dia juga kehilangan anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin, tujuh tahun lalu. Isterinya, Norma Mohamed Nor, 52, turut berasa sangat sedih dan sering memegang baju arwah untuk mengubat rindu.

Kehilangan anak bongsu sangat berat, tapi saya reda dengan ketentuan ini.- Katanya.

Azhar Ahmad sebelum ini mewakili isterinya memohon maaf kepada semua keluarga mangsa dan berharap dapat bertemu mereka jika bersedia.

Kemalangan yang berlaku pada jam 7.20 malam, Rabu lalu, melibatkan Honda CRV yang merempuh dua motosikal dari arah belakang, mengorbankan tiga pelajar iaitu Khairil Anwar, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25. Seorang lagi, Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, cedera parah dan dirawat di Hospital Dungun.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved