”Sebak abg tu” – Aunty India Suap Pesakit Melayu Makan Buat Orang Ramai Sebak

Entertainment
8 Jun 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam dunia ni sebenarnya banyak orang yang baik-baik. Memang betul rezeki tertulis untuk kita sekiranya dipertemukan dengan orang yang baik. Lagi-lagi kalau orang baik tu adalah orang yang kita tak kenal. Kebaikan yang dia buat tu memang sangat menyentuh hati.

Cakap pasal kebaikan dari orang yang tak dikenali, ada satu video yang tular di media sosial seorang wanita berbangsa India menyuap seorang lelaki Melayu di hospital. Menurut @jamzapparels lelaki itu mengalami kesusahan untuk menyuap makanan dan salah seorang ahli keluarganya membantu lelaki itu dengan menyuap. Korang tengok lah video di bawah.

@jamzapparels

Saw him struggling to eat and my family got his back #hsa

♬ original sound – Tamil BGM – Tamil BGM

 

Sebak abang tu

Dalam keadaan kita sakit, kalau ada orang yang membantu memang buat kita terharu lah kan. Kalau tengok video tu, lelaki tu sampai kesat air mata apabila ada orang yang sudi bantu dia untuk makan.

image is not availableBetul. Naluri keibuan tu memang kuat. Mana ada ibu yang sanggup tengok anak berlapar kan. Walaupun bukan anak sendiri, tak salah nak tolong suap makanan.

image is not availableMin rasa abang tu mesti sebak betul. Nak makan sendiri struggle, nasib baik ada aunty ni datang tolong suapkan. Menangis abang tu sebab ada orang tolong dia.

image is not availableMacam min cakap lah, ada je orang baik sekeliling kita. Sifat kemanusiaan tu memang takkan pernah padam. Sebab tu ada orang yang sanggup tolong orang lain dalam kesusahan sekadar yang dia termampu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.