Sebak! Lelaki OKU Gagah Merangkak Ambil Wuduk Demi Solat Awal Waktu!

LocalOpinion
22 Oct 2024 • 4:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
OKU

Tindakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) segera mengambil wuduk untuk solat di awal waktu telah menyentuh hati orang ramai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @jarirharun setakat ini telah meraih lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen.

Solat Awal Waktu: Ketekunan Saad Buat Ramai Tersentuh

@jarirharun

Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri

♬ original sound – Bos Tepen – Bos Tepen

Menurut perakam, lelaki OKU bernama Saad itu merupakan seorang penjual kerepek. Saad dilihat tiba di sebuah surau dalam keadaan cemas, memohon bantuan untuk dipimpin ke tandas kerana kakinya mengalami kekejangan akibat duduk terlalu lama atas motor.

Selepas membantu Saad, mereka berbual seketika sambil menunggu waktu Maghrib. Sebaik sahaja azan, Saad segera bergegas mengambil wudhu, mengutamakan solat seawal mungkin meskipun keadaannya serba kekurangan.

Tindakannya itu membuatkan individu yang mengambil video tersebut berasa terkesima.

Tak lama lepas tu, masuk waktu Maghrib. Dia terus bergegas pergi ambil wudhu’. Betul-betul terkesima sekejap. Tengok macam mana cepat dia ‘sambut’ panggilan solat.

Individu tersebut juga meluahkan rasa malu terhadap dirinya sendiri kerana, walaupun sempurna tubuh badan, dia masih sukar untuk menunaikan solat awal waktu.

Teguran tanpa sengaja yang dibuat Saad membuatkan individu ini tersedar. Dia memohon orang ramai membantu individu seperti Saad yang berusaha mencari rezeki dengan kekuatan yang ada tanpa meminta-minta.

#OhmediaNasihat

Pengorbanan Saad dalam menunaikan solat awal waktu mengajar kita bahawa tidak kira keadaan fizikal kita, semangat dan ketulusan hati adalah kunci. Jika Saad mampu menghadapi kesukaran untuk solat awal waktu, apa alasan kita? Marilah kita jadikan kisah ini sebagai inspirasi untuk lebih menghargai nikmat yang ada dan mengutamakan solat tepat pada waktunya. Jom sokong mereka yang gigih berusaha untuk mencari rezeki walaupun berdepan kekurangan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Bos Tepen