Trek Dunia 2024: Shah Firdaus kesembilan acara keirin

18 Oct 2024 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Foto Bernama

PELUMBA negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat kesembilan acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 berlangsung di Ballerup, Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.

Pelumba berusia 28 tahun terkandas di peringkat separuh akhir selepas mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dalam Saringan 1, di belakang pelumba Colombia Kevin Quintero, Kento Yamasaki (Jepun) dan Mateusz Rudyk (Poland) sekali gus memasuki perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.

Menurut https://www.uci.org/race-hub/2024-tissot-uci-track-world-championships, hanya tiga pelumba layak terbaik dari setiap pusingan mara ke final bagi merebut pingat emas, manakala selebihnya mengharungi perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.

Kento muncul juara dunia keirin 2024, manakala pelumba Israel Mikhail Yakovlev dan Kevin masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhammad Ridwan, yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, menduduki tempat kelima dalam pusingan repechage sekali gus tidak layak ke suku akhir.

Muhammad Shah Firdaus akan beraksi dalam acara pecut lelaki, esok. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved