“Sebak…”- Mayat Wanita Hamil 4 Bulan Dan Ibu Mentua Ditemui Berpelukan Bawah Timbunan Pokok

5 Jul 2022 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam kejadian banjir di Kampung Iboi, satu mayat wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya ditemui selepas dihanyutkan kepala air dalam keadaan berpelukan.

Memetik laporan Kosmo, identiti mayat wanita yang dikenali sebagai Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa difahamkan ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mangsa.

image is not available

Sumber : Kosmo 

Menurut Pengarah Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat ditemui selepas salah seorang anggota ternampak kaki mangsa di bawah timbunan pokok.

Manakala, mayat kedua-dua mangsa berada dalam keadaan berpelukan dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran ketika ditemui.

Sayani Saidon juga memberitahu bahawa ada seorang lagi mangsa yang belum ditemui iaitu Khairul Ikwan Nor Azam, 14, dalam kejadian banjir berkenaan.

Mangsa dikatakan mempunyai kaitan dengan mangsa yang meninggal dunia iaitu anak kepada Salmah Mat Akib.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan sebanyak 155 mangsa yang terperangkap banjir kilat dengan 270 lagi penduduk telah diselamatkan oleh orang awam.

image is not available 2 hari lalu

Lelaki 'Ride' Tanpa Seurat Benang Ditangkap Polis, Didakwa Terlibat Kes Bunuh Anak & Isteri Baru Habis Pantang