Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."

Lifestyle
4 Dec 2023 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

“Ni yang lemah ni,” berikutlah luahan netizen setelah melihat satu video yang memaparkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak perempuan mereka.

Menerusi hantaran di Platform X, video berdurasi 1 minit itu menunjukkan seorang anak perempuan membuat kejutan terhadap ibu bapanya yang berada di kampung setelah lama terpisah. 
 

Turut dapat dilihat, ayah kepada wanita tersebut menitiskan air mata disaat memeluk anak perempuannya itu.

Susulan penularan entri berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu, dan dalam pada itu ada juga yang berkongsikan pengalaman sedih tentang kehilangan ibu bapa.
 










image is not available

 

View Original Article