“Sebak rasanya” – Calon SPM Akhiri ‘Perjuangan’ Dengan Sujud Syukur Buat Netizen Terharu

Entertainment
1 Mar 2024 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, minggu ini berakhirlah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat calon yang lahir pada tahun 2006.

SPM merupakan salah satu peperiksaan paling penting di Malaysia kerana ianya akan menentukan hala tuju seseorang pelajar itu selepas tamat persekolahan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok satu video yang sangat mengharukan di mana calon-calon SPM ini melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas tamat perjuangan mereka selama lebih kurang sebulan itu.

“Alhamdulillah, selesai kertas biologi SPM batch 06, maka selesai perjuangan SPM mereka.

Ya Allah berkatilah segala usaha mereka dan kurniakan kejayaan buat mereka dunia akhirat juga kejayaan cemerlang dalam SPM.

Lindungi mereka di mana jua mereka berada”, tulis kapsyen dalam video itu.

Perkongsian @azarirafar itu membuatkan ramai netizen tersentuh dan memberikan doa yang baik-baik untuk calon-calon SPM itu.

image is not available

Mereka dilihat sujud syukur beramai-ramai bersebelahan meja mereka di dalam dewan peperiksaan.

Setakat artikel ini ditulis, video yang sangat menyentuh hati itu sudah mencecah lebih 430K tontonan serta lebih 1K komen.

Semoga adik-adik ni berjaya dunia akhirat!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article