Sebanyak 1 Juta Ray-Ban Meta Dijual Sepanjang 2024

TechnologyDigital
31 Jan 2025 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta tidak pernah berkongsi angka jualan cermin mata pintar Ray-Ban Meta mereka sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu. Tetapi semalam maklumat dalaman syarikat telah tertiris mendedahkan 1 juta pasang Ray-Ban Meta telah berjaya dijual sepanjang tahun 2024 menurut laporan The Verge.

image is not available

Mark Zuckerberg mengatakan kini ialah masa yang terbaik untuk memperkenalkan cermin mata pintar dengan Meta AI kepada seramai mungkin orang. Beliau turut melontarkan soalan sama ada Meta ingin meningkatkan jualan ke 2 hingga 5 juta pasang cermin mata pintar tahun ini.

Pada ketika ini Meta masih mempunyai monopoli pasaran cermin mata pintar dengan kecerdasan buatan (AI). Kedudukan mereka akan dicabar selepas Samsung mengesahkan pembangunan cermin mata dengan Android XR minggu lalu dan Apple juga dilaporkan sedang membangunkan versi mereka sendiri dengan VisionOS.