Sebanyak 18 pasukan rasmi telah ditubuhkan bagi saingan MotoMini musim 2026.

Sports
17 May 2026 • 12:14 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Sebanyak 18 pasukan rasmi telah ditubuhkan bagi saingan MotoMini musim 2026.

Musim 2026 menandakan era baharu bagi kejuaraan akar umbi MotoMini dengan pendekatan yang sedikit berbeza. Bermula tahun ini, setiap ibu bapa yang ingin anak mereka berlumba perlu menyertai atau menubuhkan pasukan rasmi bagi menyertai kejuaraan.

Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum empat pelumba dalam mana-mana kategori. Walau bagaimanapun, beberapa peraturan masih dikekalkan bagi memastikan konsep one-make race terus dipelihara, selari dengan objektif utama kejuaraan iaitu mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran.

Image from: Sebanyak 18 pasukan rasmi telah ditubuhkan bagi saingan MotoMini musim 2026.

Dari segi identiti pasukan, penjenamaan hanya dibenarkan pada fairing sisi kiri dan kanan motosikal, manakala pada racing suit pula logo pasukan diletakkan di bahagian bawah dada dan belakang. Livery keseluruhan motosikal masih mengekalkan rekaan standard bagi memastikan keseragaman seperti konsep one-make race sebelum ini. Selain itu, setiap pelumba juga masih terhad kepada seorang helper sahaja.

Setiap pasukan turut diberikan baju pasukan rasmi yang mengekalkan reka bentuk asas yang sama. Perbezaan antara pasukan hanya terletak pada logo penaja utama serta warna yang mewakili kategori yang disertai.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bakal bersaing, berdasarkan maklumat daripada pihak penganjur:

The post Sebanyak 18 pasukan rasmi telah ditubuhkan bagi saingan MotoMini musim 2026. appeared first on TW Media.

View Original Article