Sebanyak 5.9 Bilion Tontonan Di TikTok Malaysia Direkodkan Sepanjang Bulan Ramadan & Awal Raya

TechnologyDigital
24 Apr 2024 • 9:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Puasa di Malaysia merupakan satu bulan yang penting untuk semua, termasuklah kepada jenama popular dan juga gergasi teknologi. Tiktok Malaysia pada hari ini telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai trend dan statistik penggunaan TikTok Shop pada bulan Ramadan 2024.

image is not available

Sehingga kini Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana barangan tersebut turut digayakan dan didemonstrasikan, memberikan pemahaman kepada bakal pembeli mengenai produk mereka. Sepanjang kempen Ramadan Raya, sebanyak 5.9 Bilion tontonan di TikTok, iaitu pertumbuhan sebanyak 137% dan 10% dari tontonan tersebut adalah berkaitan perniagaan.

image is not available

Malah, dalam tempoh itu juga telah menyaksikan sebanyak 292 juta baucar telah diberikan kepada pengguna, dan tempoh siaran langsung menerusi TikTok Live telah meningkat sebanyak 78% baik dari peniaga mahupun pengguna.

image is not available

Dengan perkembangan trend pengguna TikTok sepanjang Bulan Ramadan sehinggalah musim Raya ini jelas sekali menampakkan peningkatan pengaruh TikTok yang bukan sekadar untuk berkongsi dan mencipta kandungan baharu, malah makin menjadi pilihan buat pengguna membeli barangan dari TikTok Shop.