Sebanyak RM1.12 Bilion Kerugian Akibat Penipuan Atas Talian Direkodkan Setakat Jun 2025

Digital
14 Aug 2025 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penipuan atas talian terus menjadi ancaman serius apabila kerugian yang dicatatkan mencecah RM1.12 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka ini dalam satu kenyataan sekali gus menunjukkan peningkatan ketara dalam jenayah siber di negara ini.

image is not available

Bagi mengekang jenayah tersebut, kerajaan telah memperkukuh peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat sehenti yang beroperasi 24 jam sehari sejak 1 Julai lalu. Melalui NSRC, mangsa boleh membuat laporan secara terus melalui talian 997 tanpa perlu hadir ke balai polis.

KDN turut memaklumkan beberapa langkah tambahan sedang dilaksanakan termasuk kerjasama antarabangsa, penambahbaikan Kanun Keseksaan bagi menangani jenayah siber, serta pelaksanaan portal SemakMule 2.0. Portal ini membolehkan orang ramai menyemak status akaun bank, nombor telefon dan syarikat yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti penipuan.

Langkah-langkah ini diharap dapat memperkukuh usaha pencegahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko penipuan atas talian yang semakin berleluasa.

[/Sumber]