Sebar berita palsu krisis tenaga global, seorang didakwa, lima dikompaun

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 7:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran berita palsu berkaitan kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan satu kes diputuskan untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, manakala lima kes ditawarkan kompaun dan empat lagi diberikan surat amaran.

Susulan itu, lima individu terlibat dikenakan tawaran kompaun RM25,000 setiap seorang.

Menurut MCMC, tindakan berkenaan diambil hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved