Sebar Bukti Perbualan Mendiang Lee Sunkyun, Pejabat Dispatch Diserbu Pihak Polis

24 Jan 2024 • 3:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pihak polis telah mendedahkan bahawa mereka telah menyerbu syarikat media Dispatch selepas mereka mendedahkan bahan bukti yang berkaitan dengan kes mendiang Lee Sun-kyun.

Pada 23 Januari, agensi polis daerah Gyeonggi telah mendedahkan bahawa mereka sedang menyiasat syarikat Dispatch yang didapati menyebarkan maklumat mengenai kes mendiang Lee Sun-kyun.

Di dalam serbuan tersebut, mereka telah merampas pelbagai jenis bahan siasatan termasuk barangan elektronik peribadi pekerja di situ. Disebabkan ini, Dispatch telah mengeluarkan artikel berkenaan dengan serbuan tersebut.

Kata mereka di dalam artikel itu,

Kami telah diserbu oleh pihak polis di mana mereka telah merampas telefon bimbit serta komputer riba milik wartawan bagi mencari sumber utama laporan yang telah disebarkan.

image is not available

Tambah mereka,

Kami akan memberikan kerjasama dalam siasatan ini dan kami juga berharap agar serbuan yang dilakukan tidak akan digunakan untuk menutup kekurangan pihak polis di dalam sisatan kes mendiang Lee Sun-kyun.

Apa pendapat korang dengan isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.