Sebelum Ini Pernah Tular Dibantu Ebit Lew, Kini Mondy Tampil Tidak Bertudung?

Entertainment
27 Aug 2023 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masihkah anda ingat dengan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto di TikTok yang turut terkenal di Malaysia selepas dia dibantu oleh Ebit Lew beberapa bulan lalu?

Dia telah dibawa ke Malaysia oleh Ebit kerana dikatakan mahu dibantu untuk mengubah hidupnya yang pada ketika itu susah dan menjadi gelandangan.

Selepas dibantu oleh Ebit Lew juga, Mondy telah berhijab namun kini, dia telah tampil dalam video baru di TikTok yang menunjukkan dia tidak lagi bertudung.

Dalam video berdurasi selama 13 saat itu, Mondy telah berkongsikan reaksinya apabila ada yang bertanya mengapa dia tidak lagi berhijab.

“Saya tak peduli dengan kehidupan anda, jadi kenapa anda sibuk dengan kehidupan saya?” katanya dalam video itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuklah warganet Malaysia yang meninggalkan komen, mungkin imannya belum kuat.

image is not available

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved