“Sebelum Mati..” – Nam Yoonsu Sanggup Tolak Tawaran 2 Projek Lain Untuk Sertai Drama Hubungan Sejenis

EntertainmentMovie
24 Oct 2024 • 4:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, Nam Yoon-su memang betul-betul bertekad untuk terlibat dalam drama “Love in the Big City”.

Dalam satu temu bual bersama majalah Dazed Korea, Nam Yoon-su mengaku bahawa “Love in the Big City” adalah drama yang paling dia ingin lakukan sehingga sanggup menolak tawaran projek lain.

Luahnya,

Pada masa itu, terdapat lebih kurang dua projek yang dalam perbincangan. Tetapi saya tidak melakukannya dan terus menunggu. Saya ingin buat sesuatu sebelum saya mati. Prinsip saya adalah tidak terlibat dengan kisah percintaan biasa semasa berlakon. Badan saya tidak bertindak balas terhadap percintaan konvesional.

image is not available

Tambah Nam Yoon-su lagi,

Drama ini adalah sesuatu yang segar. Sejujurnya saya lebih ingin tahu tentang berapa ramai lelaki yang akan saya jumpa. Saya rasa saya temui lebih banyak lelaki dari dalam buku.

Sementara itu, “Love in the Big City”, mengikuti seorang lelaki homoseksual yang telah bertemu cinta sejatinya. Namun, dia terpaksa melepaskannya dan mengikuti orang tak dikenali ke Thailand.

Memang nak sangat tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.