Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh beberapa video di laman Threads menunjukkan sebuah Honda City berwarna maroon bergerak dalam kelajuan tinggi dan terhuyung-hayang di sebuah jalan di Terachi, Kuala Pilah.
Dalam video sama, kelihatan pemandu seolah-olah gagal mengawal kenderaannya dan memandu dalam keadaan melulu sehingga memasuki arah bertentangan meskipun ada kenderaan lain di lorong tersebut.
Honda City Rempuh Divider Hingga Langgar Kenderaan Lain
Selepas seketika memandu secara berbahaya, Honda City itu kemudian merempuh pembahagi jalan (divider) di sebelah kirinya menyebabkan kereta itu berpusing lalu melanggar beberapa kenderaan lain di sekeliling termasuk kereta pemilik video dan juga sebuah kereta Honda CRV di jalan bertentangan.
Difahamkan kejadian berlaku pagi tadi, 22 Oktober.
Individu Dakwa Pemandu Honda City Kelam-kabut Selepas Langgar Lari
Menurut seorang pengguna Threads yang mengakui merupakan anak kepada pemandu Honda CRV itu, pemandu Honda City sebenarnya dalam keadaan kelam kabut selepas didakwa baru sahaja terlibat dalam kes langgar lari bersama seorang pakcik yang menaiki motosikal.
“Mak saya kereta Honda CRV Silver datang dari arah bertentangan tu ngam-ngam berlanggar waktu kereta merah ni melintang lepas langgar tembok. Pemilik kereta merah tu (Honda City) baru lepas langgar lari seorang pakcik naik motor. Tu dia tengah kelam kabut lari dari tempat kejadian,” dakwanya.
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/honda-city-huyung-hayang.jpeg)
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/honda-city-huyung-hayang-2.jpeg)
Tular Video Honda City Langgar Penunggang Motosikal Sebelum Langgar Lari
Menerusi ruangan balas, beberapa netizen turut berkongsi beberapa klip video dan foto ketika sebelum serta selepas nahas kemalangan itu berlaku.
Dalam hantaran dimuat naik pengguna WhatsApp dikenali sebagai Afiq, kelihatan pemandu Honda City itu telah melanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan tiga roda ditunggangnya terpelanting ke jalan bertentangan.
Honda City itu kemudiannya pantas melarikan diri dari tempat kejadian selepas penunggang motosikal terbabit beralih ke tepi jalan.
Pemandu Honda City Terbaring Atas Jalan Raya, Cedera Di Bahagian Kepala
Dalam sebuah lagi video, kelihatan seorang lelaki dipercayai pemandu Honda City tersebut sedang terbaring atas jalan raya dalam keadaan muka dan kepalanya tercedera dan berdarah.
Beberapa saksi kejadian yang turut berada di situ turut bertanya sama ada pemandu itu sebenarnya dalam keadaan mabuk. Namun lelaki berkenaan dilihat terpinga-pinga dan tidak menjawab soalan terbabit.
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/kemalangan-honda-city.jpg)
Sementara itu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Irfan berkongsi keadaan kereta yang dilihat kemek teruk di bahagian belakang but.
View on Threads
Di laman TikTok pula, ada pengguna yang berkongsi keadaan lalu lintas yang sesak akibat kemalangan tersebut.
@aminin1971
“Ni Bukan Microsleep Dah, Kalau Terbabas Sekali Mesti Perasan” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dan seriau melihat pemanduan yang cuai itu.
“Tak boleh husnudzon dah dia microsleep. Orang kalau microsleep sekali dah terbabas sekali lepas tu automatik sedar weh. Ni macam banyak kali sangat melelong (melencong) aku yang sakit jantung hujung-hujung tu,” kata seorang wanita.
Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa geram dengan pemandu kereta di belakang Honda City kerana memandu rapat dan mengekori kereta tersebut dengan rapat meskipun sudah nampak ia dibawa dalam keadaan huyung-hayang.
“Perempuan tu (penumpang) tu dah pesan, ‘Abang jauh bang.’ Tapi kau (pemandu) masih ikut rapat kereta tu. Kau tak ada common sense ke untuk fikir apa keburukan buruk yang akan jadi dekat kereta kau bila-bila masa je?” soal seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-lihat-honda-city-huyung-hayang-643x1024.jpeg)
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-lihat-honda-city-huyung-hayang-2-660x1024.jpeg)
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-lihat-honda-city-huyung-hayang-3-783x1024.jpeg)
![Image from: “Sebelum Tu Dia Langgar Lari Motor” – Lelaki Pandu Honda City Secara Melulu & Sebabkan Kemalangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-lihat-honda-city-huyung-hayang-4-935x1024.jpeg)






