Sebelum Tukar Telco, Semak Kelajuan Talian Di Kawasan Rumah Dengan Aplikasi Jendela

5 Nov 2024 • 12:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ketahui signal telco terbaik di kawasan anda melalui aplikasi Jendela

Sebelum Tukar Telco, Semak Kelajuan Talian Di Kawasan Rumah Dengan Aplikasi Jendela. Sebelum memutuskan untuk menukar perkhidmatan telekomunikasi (telco), terdapat satu laman web yang bernama Jendela Map yang boleh membantu anda memeriksa kelajuan talian di kawasan kediaman anda. Ini adalah perkara penting untuk dipertimbangkan sebelum membuat perubahan.

Kadangkala, orang ramai cenderung menukar telco hanya mengikut trend tanpa meneliti kelajuan sebenar talian di rumah mereka. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan masalah jika talian baru yang dipilih ternyata lebih perlahan berbanding talian asal.

Cara semak liputan di kawasan anda:

image is not available
Sebelum Tukar Telco, Semak Kelajuan Talian Di Kawasan Rumah Dengan Aplikasi Jendela

Dalam keadaan seperti ini, anda mungkin terpaksa menukar telco sekali lagi untuk mendapatkan kelajuan yang memuaskan. Oleh itu, sangat disarankan untuk memeriksa kelajuan talian di kawasan anda terlebih dahulu melalui laman web Jendela sebelum membuat sebarang perubahan.

Muat turun aplikasi Jendela Map bagi mengelak masalah talian yang perlahan

Menurut laman X, ini akan memastikan anda membuat keputusan yang tepat dan bukan sekadar mengikut trend semata-mata. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan masalah talian yang perlahan dan menjimatkan masa serta wang untuk menukar telco berulang kali.

Untuk makluman, JENDELA Map adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyediakan kemudahan menyemak liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan permohonan perkhidmatan baharu daripada penyedia perkhidmatan.

Berikut juga beberapa artikel berkaitan yang mungkin menarik untuk anda baca mengenai pilihan telco atau cara buat aduan jika internet lemah: