“Sebenarnya Anak Saudara Yang Bertunang Bukan Saya” - Fairuz Selamat

7 Apr 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Fairuz Selamat tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai dirinya yang disangka sudah mengikat tali pertunangan.
 

Anak saudara yang bertunang

 


Fairuz menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram berkata orang yang bertunang adalah anak saudaranya.


 


“Saya tak rancang nak post, tapi story tadi macam menggegak gempita di DM saya dengan kebanjiran ucapan tahniah dan pertanyaan lebih lanjut.


 

“Untuk menjernihkan air dari dibiar menjadi keruh dan akhirnya disangka kepala air yang memberi bahaya kepada sejagat, sebenarnya anak saudara saya bertunang.

 


“Bukan saya tau. Kalau saya, sudah tentu kalian akan dijemput dalam satu majlis bertemakan pasar malam di mana tetamu perlu membawa makanan dan majlis berjalan secara potluck,” ujarnya bergurau.

 

Membesar bersama

 


Dalam pada itu, Fairuz juga turut memberikan ucapan istimewa buat anak saudara kesayangannya itu.


 

“Apapun, ikatan yang terpatri istimewa untuk saya, sebab Syahirah ni antara anak saudara yang membesar dengan saya. 
 
“Memang kira kalau dia ohsem, mesti memang sebab melekat dengan Acu dia dari kecik. Sampaikan dulu kalau saya balik universiti, demam-demam lah dia sebab rindukan acu dia. 

 


“Ia sangat istimewa bila kalian ada saat dia lahir, dan sekarang dah besar panjang dan menjadi tunangan orang. 


 


“Aturan dan kitaran hidup, jodoh dan ajal. la bergulir disekililing kita dan ia akan sentiasa menjadi momen misteri dan menduga untuk saya,” coretnya.


 


Berikut merupakan hantaran penuh Fairuz: