“Sebenarnya kacang itu…” – [VIDEO] Zarul Umbrella Kecewa Lihat ‘Influencer’ Dapat Sekampit Kacang MAS

Entertainment
5 Sep 2022 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), mesti terngiang-ngiang rasa kacang yang diberikan ketika dalam penerbangan kan? Ia merupakan salah satu keunikan ketika anda menggunakan perkhidmatan MAS itu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang influencer yang terkenal iaitu Azfarheri mendapat sekampit kacang ketika menaiki pesawat MAS.

Walaupun ramai yang menganggap itu rezeki influencer tersebut, tetapi masih ramai yang merasakan perkara itu seakan tidak adil, malah ada juga yang merasakan mungkin kerana Azfarheri itu seorang yang terkenal dan disebabkan itu dia mendapat layanan sedemikian.

Perkara itu juga mendapat perhatian Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella yang merupakan seorang penyanyi era 90-an yang masih terkenal sehingga hari ini dan dia juga merupakan bekas pramugara syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi TikTok miliknya, Zarul meluahkan rasa kecewa kerana kacang tersebut perlu dibahagi secara sama rata kepada semua penumpang.

“Ikut SOP, hanya bagi sorang passenger satu. Mungkin paling banyak lima atau enam, kalau ada extra.

Tapi tak lebih sebab kita akan bagi kepada penumpang untuk next flight” katanya.

Bekas pramugara yang berkhidmat selama 17 tahun dengan syarikat penerbangan itu juga berkata, pihak pramugara atau pramugari tidak seharusnya memberikan kacang ikonik itu dengan kuantiti yang banyak kepada seorang penumpang.

Tapi kacang MAS memang sedap pun!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article