“Sebenarnya Pencinta Kucing” – Lelaki Seksa Kucing Ditangkap, Akui Emosi Terganggu Sebab Tidak Bekerja

21 Jun 2022 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini tentang seorang individu yang melakukan keganasan terhadap dua ekor kucing dengan menendang dan membaling batu kerana arah haiwan itu.

Kejadian tersebut berlaku di kaki lima sebuah bangunan kedai di Jalan Semeling Maju 1, di Bedong, Kedah kira-kira jam 1.09 pagi 19 Jun lepas.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) "Cari Sampai Dapat!" - Tular Lelaki Sengaja Seksa Kucing, Baling Batu Sampai Berdarah

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata individu tersebut merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan telah ditahan di rumahnya petang semalam.

Menurut laporan, suspek melakukan perkara tersebut disebabkan tekanan emosi yang dialaminya.

Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja.”

image is not available

Pihak polis juga turut menemu bual ahli keluarga suspek dan mendapati dia sebenarnya merupakan seorang pencinta kucing dan ada memelihara haiwan tersebut.

Dua ekor kucing yang dicederakannya itu pula dilaporkan telah diselamatkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk rawatan lanjut.

Kes kini dalam siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Suspek dijadualkan untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini bagi permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved