“Sebenarnya Video Tu Dah Lama” – Neelofa Terkejut Rakaman Lama Tular Semula

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa menjelaskan bahawa video tular yang memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal, bukan rakaman baharu seperti yang disangka ramai.

Menurut laporan mStar, Neelofa berkata dia sendiri terkejut apabila mendapati ada pihak kembali memuat naik video lama anaknya itu di media sosial.

Sebenarnya video itu dah lama, ketika Bilal usia dua tahun. Video itu adalah untuk reviu produk dan masih ada di media sosial saya.

Saya pun tertanya-tanya siapa yang post semua gambar itu.

Jarang dedah wajah anak, tapi tak halang jika terjumpa di luar

image is not available

Walaupun jarang memaparkan wajah anak-anak di media sosial, Neelofa menjelaskan dia tidak menghalang orang ramai melihat wajah Bilal dan Abdullah Abbas sekiranya bertemu di tempat awam.

Sebenarnya saya gembira bila tidak dedahkan wajah anak sebab orang tak perlu nak komen atau buat perbandingan.

Saya pun tak perlu dengar pandangan netizen. Biarlah perkara ini berterusan sampai dia besar.

Neelofa tunggu anak besar

image is not available

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi sebab utama dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam mendedahkan anak-anak kepada umum.

Tunggulah sehingga dia boleh dakwah. Mungkin ketika itu kami ambil tawaran kerjasama.

Tengoklah dahulu bagaimana sebab setiap kanak-kanak berbeza tahap kebolehan bercakap lancar.

Pssttt! Privasi anak-anak selebriti wajar dihormati. Apa yang dikongsi ibu bapa bukan lesen untuk disalah guna atau disebar tanpa izin. Hormat pilihan, hormat batas.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Sebenarnya Video Tu Dah Lama” – Neelofa Terkejut Rakaman Lama Tular Semula appeared first on Oh! Media.