Sebilangan Podsiar Spotify Kini Boleh Ditonton Di Netflix

EntertainmentLifestyle
15 Oct 2025 • 8:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix dan Spotify bekerjasama untuk menawarkan podsiar terpilih dalam bentuk video di Netflix bermula 2026. Menurut Netflix, penawaran video podsiar ialah satu lagi cara untuk menghiburkan pengguna mereka.

image is not available

Sebanyak 16 podsiar akan ditawarkan pada peringkat awal dengan ia merangkumi subjek sukan, hiburan, gaya hidup dan kes jenayah dunia sebenar. Senarai lengkap podsiar yang ditawarkan adalah seperti di bawah.

Di peringkat awal, kesemuanya hanya boleh distrim oleh pengguna di Amerika Syarikat sebelum akan dikembangkan kepada pengguna global. Pelanggan Netflix tidak perlu melanggan kepada Spotify untuk menonton podsiar-podsiar ini.

Sukan

  • The Bill Simmons Podcast
  • The Zach Lowe Show
  • The McShay Show
  • Fairway Rollin’
  • The Mismatch
  • The Ringer F1 Show
  • The Ringer Fantasy Football Show
  • The Ringer NFL Show
  • The Ringer NBA Show

Budaya dan Gaya Hidup

  • The Rewatchables
  • The Big Picture
  • The Dave Chang Show
  • Recipe Club
  • Dissect

Jenayah

  • Conspiracy Theories
  • Serial Killers

View Original Article