Sebuah Blok SK Baling Terbakar Pagi Tadi

21 Nov 2025 • 3:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sebuah Blok SK Baling Terbakar Pagi Tadi

Kedah — Penduduk di sekitar Baling, Kedah digemparkan dengan kejadian yang melibatkan sebuah blok Sekolah Kebangsaan Baling terbakar pagi tadi.

Menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook, kepulan asap tebal dilihat keluar dari bumbung blok berkenaan dan naik ke udara sekitar jam 11 pagi.

Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Baling telah berjaya memadamkan kebakaran manakala anggota polis bertugas menjaga lalu lintas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan cuti sekolah di negeri berkenaan jatuh pada hari Jumaat.