
Sebuah Ikon Abadi Kini Berevolusi: Era Baharu Bermula Dengan SoundSticks 5 Oleh Harman Kardon
Memperkenalkan Harman Kardon SoundSticks 5, evolusi terbaharu bagi salah satu sistem pembesar suara paling ikonik di dunia. Sejak kemunculan edisi pertamanya, Harman Kardon Soundsticks telah menawan hati para peminat reka bentuk dan penggemar audio dengan keindahan seni reka serta kejelasan bunyinya. Kini, SoundSticks 5 meneruskan warisan itu dengan prestasi bunyi yang mengagumkan serta teknologi sambungan tercanggih.
Dipertingkatkan dari segi bentuk dan fungsi, SoundSticks 5 menampilkan prestasi akustik yang dinaik taraf dengan integrasi tweeter baharu pada setiap pembesar suara satelit untuk rekaan akustik tiga hala. Subwufer berhala ke bawah menghasilkan bass yang mendalam dan tepat, manakala tweeter kubah sutera berkembar serta pemacu julat sederhana memberikan kejelasan sempurna pada vokal dan instrumen.

Dihasilkan daripada material premium dan hadir dalam dua kemasan menawan – putih lut sinar dan hitam berkilau seperti kaca berasap – SoundSticks 5 bukan sekadar pembesar suara, tetapi karya seni yang bernafas dalam bentuk dan cahaya. Sistem pencahayaan ambiennya yang elegan menampilkan lima tema dinamik berinspirasikan alam semula jadi, serta keupayaan untuk menetapkan warna statik mengikut suasana dan ruang.
Hasilnya ialah cahaya yang memukau – bersinar lembut seiring dengan alunan muzik, mencipta detik visual yang menghidupkan setiap ruang. Pancaran cahaya pada pembesar suara satelit dan subwufer meningkatkan pesona, menjadikan pengalaman muzik dan hiburan lebih imersif dan memikat. Daripada ketenangan Ocean sehingga ke kehangatan Sunrise, SoundSticks 5 direka untuk melengkapkan setiap suasana, mewujudkan ruang di mana bunyi tidak hanya didengar, tetapi turut menyentuh emosi dan perasaan.

Model asal SoundSticks kekal sebagai karya reka bentuk klasik yang dipamerkan secara kekal di Museum of Modern Art (MoMA), New York. “Harman Kardon SoundSticks sentiasa menggabungkan rekaan elegan dengan kualiti audio unggul secara sempurna,” ujar Grace Koh, Pengurus Besar dan Naib Presiden Audio Pengguna di Harman Asia Pacific. “Pelancaran SoundSticks 5 baharu ini menandakan kelahiran semula warisan ikonik yang mendahului zamannya, disempurnakan dengan rekaan visual yang elegan, prestasi audio yang mengagumkan, serta pengalaman pengguna yang dipertingkat.”
Nikmati kawalan yang lebih tepat dengan antara muka yang lebih intuitif; kawalan touch-sensitive kini direka secara kemas di bahagian bawah pembesar suara satelit kanan. Kawalan terperinci untuk pencahayaan, tetapan EQ dan banyak lagi boleh diakses melalui aplikasi Harman Kardon ONE. Sambungan Bluetooth 5.4 pula memastikan kesalinghubungan tanpa wayar yang lancar, manakala Auracast
membolehkan penyambungan berbilang pembesar suara dengan mudah.

Mengekalkan pengalaman ikonik Harman Kardon dalam bentuk yang serba versatil, SoundSticks 5 direka untuk sambungan pantas dan mudah ke mana-mana TV moden melalui kabel HDMI ARC tunggal. Nikmati kualiti bunyi Dolby Audio yang bertaraf tinggi untuk tontonan TV, filem dan sesi gaming yang penuh tenaga.
Dengan rekaan elegan yang serasi dengan estetik ruang kediaman moden, Soundsticks 5 menyempurnakan keindahan ruang tamu sambil menawarkan pengalaman bunyi imersif tanpa sebarang kerumitan. Sama ada digunakan di atas meja, sebagai sistem stereo rumah, atau penyelesaian bunyi TV utama, Soundsticks 5 memastikan setiap detik pendengaran hadir dengan ketulenan dan kejelasan luar biasa.

Harman Kardon SoundSticks 5 kini boleh didapati di kedai dalam talian rasmi Harman Kardon pada harga RM1,899.
- Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/harman-kardon
- Shopee: https://shopee.com.my/harmankardon.os
- Swap Asia: https://shop.swap-asia.com/collections/harman-kardon
Teruskan berhubung dengan Harman Kardon secara dalam talian dan melalui saluran media sosialnya untuk mendapatkan kemas kini serta pengumuman terkini:
- Laman Web: https://my.harmankardon.com/
- Facebook: https://www.facebook.com/HarmanKardonMY/
- Instagram: https://www.instagram.com/harmankardon_my/?hl=en
The post Sebuah Ikon Abadi Kini Berevolusi: Era Baharu Bermula Dengan SoundSticks 5 Oleh Harman Kardon appeared first on Siakap Keli.

