Sebuah Lagi Peranti Baharu Vivo Di Bawah Siri-Y Bakal Tiba Di Malaysia

TechnologyDigital
1 Aug 2022 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo Malaysia kini memberi bayangan bahawa sebuah lagi peranti baharu bakal tiba untuk pasaran tempatan. Perkongsian terkini di Facebook rasmi menunjukkan peranti tersebut adalah Vivo Y35, namun maklumat lanjut mengenainya masih tidak diketahui. Ini termasuklah berkaitan spesifikasi Dan tarikh pelancaran rasmi.

image is not available

Vivo Y35 juga masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran luar buat masa ini. Bagaimanapun, ia didapti tertiris menerusi beberapa imej pengolokan dan senarai spesifikasi yang tular. Ia menunjukkan peranti lengkap dengan sistem tri-kamera utama dan panel hadapan sejenis bertakuk kecil.

image is not available
Imej pengolokan tular

Peranti juga dijangka menggunakan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh. Skrin pula sebesar 6.58-inci LCD beresolusi FHD+. Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP +2MP +2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP.