
PUTRAJAYA: Sebuah unit pangsapuri di Blok C, Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, di sini, musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 7.36 pagi itu membabitkan sebuah bilik tidur di unit kediaman di tingkat 11 bangunan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan BBP Presint 14 bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 7.41 pagi.
“Pemadaman awal dilakukan menggunakan 10 unit alat pemadam api jenis debu kering serta sistem Wet Riser.
“Pasukan bomba kemudian melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hos dengan satu pancutan, selain menggunakan sistem Positive Pressure Ventilation (PPV) bagi membantu mengeluarkan asap tebal dari ruang kediaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.13 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.
Muhamad Haziq berkata, kebakaran itu mengakibatkan kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan unit kediaman berkenaan musnah.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.34 pagi,” katanya. – UTUSAN
The post Sebuah unit pangsapuri musnah 90 peratus dalam kebakaran appeared first on Utusan Malaysia.




![[VIDEO] Lelaki 51 tahun aktif curi kenderaan diberkas, ada 39 rekod jenayah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/Untitled-Design-2026-11-25T140826.837.png)
