Kebakaran pangsapuri di Putrajaya, satu unit musnah 90 peratus

26 Nov 2026 • 11:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kebakaran pangsapuri di Putrajaya, satu unit musnah 90 peratus

PUTRAJAYA, 26 NOV: Satu unit kediaman di aras 11 Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 di sini musnah kira-kira 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya Muhamad Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung dengan kejadian kebakaran struktur di pangsapuri itu pada 7.36 pagi.

Beliau berkata sebanyak 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan BBP Presint 14 bersama tiga jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.41 pagi.

“Tindakan operasi dimulakan dengan pemadaman awal menggunakan 10 unit alat pemadam api jenis debu kering serta sistem Wet Riser.

“Pasukan bomba kemudiannya melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hos dengan satu pancutan, di samping menggunakan sistem Positive Pressure Ventilation (PPV) bagi membantu mengeluarkan asap tebal dari ruang kediaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Haziq berkata api berjaya dikawal pada 8.13 pagi dan hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di unit pangsapuri yang terletak di aras 11.

“Kebakaran tersebut telah mengakibatkan kemusnahan kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan unit kediaman berkenaan,” katanya sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved