Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico

27 Jun 2026 • 7:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico

Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico

Hanya yang ada haiwan peliharaan saja yang faham macam mana rasa bila tiba-tiba haiwan itu menghilang dan tidak pulang ke rumah.

Sekian lama di sisi, haiwan itu boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga sendiri.

Bayangkan selama ini ada bermain di depan mata, tiba-tiba suatu hari rumah sunyi sepi tanpa suara meminta makanan dari mereka.

Namun, kadang kala haiwan-haiwan itu akan ditemui semula dalam keadaan yang tidak disangka.

Sebulan hilang, akhirnya dijumpai

Seperti yang dialami oleh seorang wanita di Mexico baru-baru ini apabila berjaya menemui semula anjingnya selepas melihat siaran langsung sambutan kemenangan pasukan negaranya di Piala Dunia.

Haiwan kesayangannya itu dilihat sedang 'meraikan' kemenangan Mexico bersama orang ramai.

Alejandra Garcia mencari anjingnya yang berusia enam tahun itu selama hampir sebulan selepas haiwan itu hilang dari kawasan kejiranan di Lomas de Guadalupe di Ciudad Victoria, Tamaulipas.

Image from: Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico
Kredit: Ale Garcia

Pertemuan semula dengan anjing yang diberi nama Gorda itu berlaku selepas kemenangan ketiga Mexico pada 24 Jun, apabila ribuan peminat turun ke jalanan untuk meraikannya.

Ketika itu, salah satu siaran langsung yang membuat liputan sambutan tersebut merakam Gorda 'diarak' melalui orang ramai oleh seorang lelaki.

Gembira dapat jumpa semula

Garcia bergegas ke kawasan itu bersama seorang ahli keluarga, berharap lokasi strim langsung itu akan membawa mereka kepada haiwan peliharaannya.

Walaupun jalanan sesak, mereka akhirnya dapat menemui Gorda dan membawanya pulang dengan selamat.

"Hidup ini indah. Mexico menang dan anjing betina saya pun dijumpai semula melalui satu live selepas lama sangat hilang. Terima kasih untuk semua mesej, dia sudah ada di rumah dan kami akan bawa dia ke doktor veterinar," kata Garcia di Facebook.

Dalam satu kiriman yang lain, wanita itu juga menjawab kritikan dari orang ramai yang mendakwa bahawa dia telah membuang Gorda.

"Sejak beberapa hari ini, kami menerima banyak komen dan kritikan yang membuat andaian tentang bagaimana anjing kecil saya boleh hilang.

"Ada yang mengatakan kami tidak menjaganya dengan baik, malah ada juga yang menuduh kami telah membuangnya, tanpa benar-benar tahu apa yang berlaku.

"Gorda berusia 6 tahun dan sejak kecil lagi dia bersama kami. Mereka yang mengenalinya tahu dia seekor anjing yang sangat bijak dan nakal," katanya.

Image from: Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico
Kredit: Ale Garcia
Image from: Sebulan Hilang, Anjing Kesayangan Dijumpai Tengah "Join" Sambutan Kemenangan Mexico
Kredit: Ale Garcia

Ujarnya lagi, dia pernah memakaikan tag nama pada Gorda tetapi ditanggalkan sendiri oleh anjing itu.

Menurutnya, pagar di rumahnya mempunyai jaring tetapi Gorda tetap selalu mencari jalan untuk merosakkannya atau menyelit melalui ruang yang boleh memuatkannya.

Baca juga:

Disebabkan itu, dia tidak sedar ketika Gorda keluar dari rumah.

Pertemuan semula itu menjadi tular dan ramai menyifatkan ia sebagai salah satu momen paling bermakna ketika sambutan Piala Dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved