Sebulan sekali kena hadap banjir

LocalEnvironment
4 Nov 2026 • 6:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sebulan sekali kena hadap banjir

PETALING JAYA – Jika sebelum ini hanya berdepan banjir sekali setahun, sebuah keluarga di Kampung Melayu Subang kini terpaksa berhadapan kejadian itu hampir setiap bulan.

Seorang pelajar, dikenali sebagai Azrina, 23, berkata, keluarganya sebelum ini lazimnya hanya berdepan banjir sekali setahun, namun keadaan sejak kebelakangan ini semakin merisaukan apabila kejadian berlaku berulang kali dalam tempoh singkat.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila kawasan kediamannya sudah empat kali dilanda banjir tahun ini iaitu pada 25 September, 17 Oktober, 2 November dan 4 November lalu.

“Memang dari dulu kawasan ini banjir. Cuma sebelum ini kita boleh jangka bila ia akan berlaku, biasanya pada penghujung tahun ketika musim tengkujuh.

“Kebelakangan ini kerap air naik tinggi dan cepat, rumah kami sudah ubah suai enam kali tapi air masih boleh masuk ke dalam rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk berdepan kesukaran menyelamatkan barangan kerana air naik terlalu cepat.

“Kami sempat buat persediaan awal, segala dokumen memang letak dekat tempat tinggi. Barangan elektrik pun Alhamdulillah masih berfungsi.

“Alhamdulillah pukul 4 pagi semalam air dah surut dan keluarga saya pun dah selesai cuci rumah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 789 penduduk daripada 325 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat susulan hujan lebat di Kampung Melayu Subang, di sini, semalam.- KOSMO! ONLINE

The post Sebulan sekali kena hadap banjir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved