Sebutan Kes Minggu Depan, Ibu Mentua ‘Upload’ Gambar Puteri Sarah & Anak-Anak – “Belum Siap Kehilangan”

4 Mar 2023 • 6:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak berita tentang kemelut rumah tangganya tular, Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam apa hal yang dikongsikan di media sosial.

Apa-apa hantaran dimuat naik oleh Sarah di Instagram terutamanya, pasti akan mencuri perhatian dan menjadi bualan hangat.

Tidak lupa juga, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang seperti diketahui ramai, sangat menyayangi menantu dan cucu-cucunya.

image is not available 1 bulan lalu

"Kami Ada 3 Menantu Hebat" - Ibu Syamsul Yusof Puji Menantu, Nama Ira Kazar Tak Tersenarai

Terbaru, menerusi Instagram story Datin Patimah ada berkongsi gambar Puteri Sarah bersama Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu bertajuk ‘Belum Siap Kehilangan’.

Seperti diketahui, sebutan kes permohonan cerai dibuat oleh Puteri Sarah terhadap Syamsul telah ditetapkan pada 7 Mac depan, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun.

image is not available

Bukan itu sahaja, dia turut memuat naik hantaran menyebelahi menantunya seperti sebelum ini di mana dia sendiri tidak bersetuju anaknya, Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kaza.

Dalam pada itu, dia turut sempat memberi peringatan dan pesanan pedas buat para suami dan wanita yang mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain.

Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan.”

image is not available