
Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini telah melancarkan ‘single’ pertamanya yang berjudul Nugget.
View this post on Instagram
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (@sharnaazahmad)
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di Instagram akaun milik penerbit lagu itu, Dennis meluahkan rasa kagumnya terhadap pelakon itu.
Penerbit itu mengakui bahawa dia tidak menyangka Sharnaaz atau lebih dikenali sebagai Mamu begitu berbakat dan natural sebagai seorang penyanyi.
Katanya, pelakon itu mempunyai ‘mindset’ dan fokus yang bagus.
Penerbit itu turut mengatakan Sharnaaz bukan sahaja seorang pelakon A-List, dia juga mempunyai bakat semulajadi dalam muzik.
View this post on Instagram
A post shared by Dennis Lau Electric Violinist / Music Producer (@dennisviolin)
Hantaran itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata terkejut dengan kemampuan nyanyian pelakon itu, malah ada yang pada mulanya menyangka Nugget dinyanyikan oleh penyanyi luar negara.



"Sekarang Hidup Saya Gembira" - Sharnaaz Ahmad Tak Terkesan Ada Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500 Kepada Bekas Isteri
The post “Sedapnya Suara Mamu, Macam Mat Saleh” – ‘Single’ Terbaru Sharnaaz Ahmad Dapat Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

