Pempengaruh beri hadiah motor baru, gantikan kenderaan dicuri ketika check up isteri hamil

LocalEntertainment
22 Nov 2024 • 8:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh beri hadiah motor baru buat pasangan suami isteri bagi menggantikan kenderaan mereka yang dicuri sewaktu membuat pemeriksaan jantung isterinya yang hamil.

Menerusi video yang dikongsi Ahmad Yusof, dia telah membawa pasangan suami isteri ke kedai motosikal untuk membelikan motosikal baharu untuk kemudahan mereka bergerak.

image is not available

Pempengaruh beri hadiah motor baru untuk kegunaan suami isteri

Dalam perkongsian tersebut, Ahmad Yusof atau dikenali sebagai Beymad telah bertemu dengan suami dikenali sebagai Aizat dan menyatakan hasratnya untuk membantu.

@beymad_

ALHAMDULILLAH, selesai hadiahkan moto baru untuk Aizat. Moga Aizat dan isteri sentiasa sihat dan kuat. Terima kasih semua yang sama-sama bantu. #ahmadyusof

♬ suara asli - -

Pempengaruh beri hadiah motor baru, doakan suami isteri diberi kesihatan baik

Dia meninggalkan kapsyen menyatakan telah selesai menghadiahkan Aizat dan isteri motosikal baharu dan berharap supaya mereka berada dalam keadaan sihat serta kuat menjalani kehidupan.

“ALHAMDULILLAH, selesai hadiahkan moto baru untuk Aizat. Moga Aizat dan isteri sentiasa sihat dan kuat,” tulisnya.

Terbaik Beymad!

Perkongsian tersebut telah mendapat respon positif daripada warganet apabila rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Beymad kerana dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh pasangan tersebut.

Mereka juga mendoakan agar urusan Aizat serta isteri dipermudah sehingga kelahiran anak mereka serta berharap rezeki Beymad terus dimurahkan oleh Allah S.W.T agar dapat membantu lebih ramai yang memerlukan.

image is not available

 

Ini sebab kita nak kaya, boleh bantu ramai orang

image is not available

Semoga Aizat & isteri dipermudahkan urusan

image is not available

Kisah Aizat yang kehilangan motosikal sewaktu membawa isterinya melakukan pemeriksaan jantun isterinya yang sedang hamil telah menjadi perhatian ramai apabila ramai yang bersimpati dengan ujian yang dihadapinya.

Sumber: TikTok beymad_