Sedar ‘kayu’ menari dengan Bella Astillah, Syed Saddiq mohon fokus di parlimen saja

LocalEntertainment
31 May 2025 • 2:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mohon izin fokus di parlimen sahaja selepas selebriti Bella Astillah memuat naik video mereka menari tarian tradisional masyarakat Borneo.

Syed Saddiq mohon ada di parlimen sahaja

Menerusi video yang dikongsi, Syed Saddiq dan Bella dilihat mengenakan pakaian tradiosional beberapa masyarakat di negeri Malaysia Timur itu sambil mempersembahkan tarian tradisional mereka.

Apa yang menjadi perhatian adalah gerak tarian ahli politik muda tersebut yang terlihat sangat ‘kayu’, jauh berbeza dengan Bella Astillah.

Instagram will load in the frontend.

Syed Saddiq mohon fokus di parlimen, Bella puji usaha menari

Dalam kapsyen yang disertakan penyanyi asal Sabah itu, dia mengatakan bahawa kolaborasi menari dengan Syed Saddiq merupakan pertama kali dilakukan.

Dia mengucapkan terima kasih ke atas kesediaan dan usaha yang diberikan dalam merakam video tarian bersempena dengan Pesta Kaamatan yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Terima kasih YB Syed Saddiq, terima kasih atas keberanian anda dan kesediaan untuk mencuba sesuatu yang baru. Itulah yang menjadikannya istimewa.

“Tapi sekurang-kurangnya dia menari dengan hati (and a bit off-beat which is comel gila), saya tunjukkan tarian, dia tunjukkan keberanian dan kecomelan,” seloroh Bella lagi.

Diri sendiri rasa kelakar

Susulan daripada itu, Syed telah meninggalkan komen di ruangan Instagram selebriti berkenaan dengan terhibur melihat bahawa gerak tarinya sendiri dan akui lebih sesuai di parlimen sahaja.

Syed Saddiq mohon fokus di parlimen sahaja memandangkan dirinya ‘keliru’ mahu ketawa atau sedih melihat video terbabit.

“Tak tahu nak ketawa atau menangis bila tengok semula. Izinkan saya fokus dalam parlimen je la,” tulisnya.

image is not available

YB okey tak tu?

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata turut terhibur melihat tarian Syed yang langsung tidak selentur Bella Astillah.

Masing-masing memohon maaf kerana tidak dapat menahan ketawa melihat video tarian tersebut.

image is not available

Maafkan kami tergelak YB

image is not available

Nampak macam tengah rem motor je YB

image is not available

Keakraban Syed Saddiq dan Bella Astillah kerap menjadi sorotan apabila terlihat mesra walaupun masing-masing tidak pernah menyatakan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, ramai berharap agar mereka bersama kerana kedua-duanya nampak sesuai serta direstui oleh para peminat.

Sumber: Instagram bellaastillah