Mengaku Menari Kaku Macam Robot, Rupanya Tarian Syed Saddiq Kena Banyak Retake - “Nasib Baik Ada Bella, Kuranglah ‘Kekakuan’ Tu”

31 May 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui tariannya agak kaku ketika menari bersama dengan penyanyi, Bella Astillah.

 

Bella peneman setia

Menurut Saddiq, tarian yang dilakukan bersempena dengan Pesta Kaamatan yang disambut di Sabah itu perlu diambil beberapa kali sebelum mendapat hasil seperi diinginkan.

Malah menerusi hantaran terbaharu di Facebook miliknya, Saddiq bersyukur kerana Bella setia di sisinya sepanjang penggambaran berlangsung.

“Dari petang sampai ke malam. Kena retake banyak kali sebab saya kaku/robot. Nasib baik ada Bella di samping. 

“Jadi, kuranglah ke"kaku"an tu. Ini Malaysia. Selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai untuk semua.

 

“P/s: Tak tahu nak ketawa atau menangis bila tengok semula, tak apa, izinkan saya fokus dalam parlimen sahaja lah,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan yang digelar sebagai BASS (Bella Astillah, Syed Saddiq) ini membuatkan netizen berasa lucu melihat gelagat mereka semasa menari.

Video yang dimuat naik Bella dalam hantaran terbaharu di Instagram miliknya itu merakamkan gelagat mereka sedang menari tarian-tarian terkenal di Borneo. 

Tidak dinafikan lenggok badan dan cara tarian Bella sudah semestinya kelihatan lembut serta cantik.

 

 

 


Bagaimanapun, lain pula dengan Saddiq yang kelihatan begitu fokus, bermuka serius dan kelihatan canggung membuatkan netizen galak mengusik ahli parlimen Muar itu menari.

Bukan hanya netizen, rakan artis juga tidak ketinggalan mengusik pasangan BASS itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video di Facebook Saddiq itu mendapat lebih 3,000 komen.

Berikut merupakan video penuh Bella dan Saddiq: