Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat mohon maaf kepada orang ramai yang terjejas akibat penutupan jalan sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini. Memetik laporan daripada Bernama, beliau mengakui kesulitan yang dihadapi rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Putrajaya susulan laluan ditutup sepanjang 15 hingga 17 April lalu bagi tujuan keselamatan dan kelancaran pergerakan delegasi rasmi. Artikel lain: Malaysia lebih berdaya maju ditadbir Sultan Ibrahim dan Anwar – Presiden China Disebabkan masalah tersebut, Tok Mat mencadangkan agar kerja dari rumah dan PdPR dilaksanakan ketika Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada Mei dan Oktober depan sebagai langkah jangka masa panjang bagi mengelakkan hal sama terulang lagi. Terdahulu, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke KLIA bagi mengucapkan selamat jalan kepada Xi dan delegasinya yang berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari. Penutupan jalan tersebut yang dimaklumkan lebih awal tetap menerima rungutan warga kota apabila kesesakan teruk tidak dapat dielakkan. Sumber: Bernama 
Tok Mat mohon maaf kepada mereka yang terkesan
“Jadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan penutupan jalan semasa lawatan Xi,” katanya.

Tok Mat mohon maaf, cadang WFH & PdPR ketika Sidang Kemuncak ASEAN
“Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet agar jabatan-jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur,” ujarnya.


