Sedia untuk Pengambilan 2026? Bertemu dengan Universiti dan Terus Mohon di Pameran Pendidikan Ini!

14 Nov 2025 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Sedia untuk Pengambilan 2026? Bertemu dengan Universiti dan Terus Mohon di Pameran Pendidikan Ini!
Foto oleh George Pak daripada Pexels

Musim peperiksaan hampir berakhir, keputusan bakal diumumkan tidak lama lagi, dan perbualan di rumah mula didengari dengan soalan-soalan yang sama: Kursus mana paling sesuai? Belajar di dalam atau luar negara? Bagaimana dengan kos, biasiswa dan peluang kerjaya nanti?

Bagi kebanyakan keluarga, keputusan yang akan dibuat dalam tempoh ini amat penting. Pelajar SPM dan IGCSE yang membuat pertimbangan untuk langkah pertama, pelajar Pra-U yang merancang hala tuju seterusnya, graduan Diploma bersedia untuk memilih bidang pengkhususan, serta pelajar universiti yang ingin berpindah atau menyambung ke peringkat Sarjana, semuanya memerlukan perkara yang sama: satu panduan yang jelas dan boleh dipercayai supaya kekeliruan boleh diubah kepada suatu rancangan yang kukuh.

Pameran Pendidikan Go! Further Studies

Image from: Sedia untuk Pengambilan 2026? Bertemu dengan Universiti dan Terus Mohon di Pameran Pendidikan Ini!
Imej disediakan oleh AUG Student Services Malaysia

Inilah yang ditawarkan oleh Go! Further Studies Education Fair pada bulan November ini. Ia merupakan pameran mesra pengunjung yang menghimpunkan wakil-wakil universiti dan perunding berpengalaman ke tujuh lokasi di Malaysia supaya pelajar dan ibu bapa boleh bertanya soalan secara bersemuka, membandingkan pelbagai pilihan dengan cepat, malah boleh memohon ke universiti secara serta-merta.

Tumpuan utama:

  • Kemasukan percuma
  • Pengecualian yuran permohonan untuk pendaftaran di tapak pameran (tertakluk pada T&S)
  • Panduan biasiswa: apa yang ditawarkan dan cara memohon
  • Pendaftaran awal: 30 peserta pertama yang pra-daftar di setiap lokasi akan menerima baucar Grab RM20 percuma (tertakluk pada T&S)
  • Menangi ‘gift card’ Grab bernilai sehingga RM100 apabila membuat permohonan di tapak pameran
  • Aktiviti menarik sepanjang hari: Bacaan Tarot (Klang, Melaka, Johor Bahru) dan sesi Anime Cosplay Meet & Greet (Ipoh)
Image from: Sedia untuk Pengambilan 2026? Bertemu dengan Universiti dan Terus Mohon di Pameran Pendidikan Ini!
Imej disediakan oleh AUG Student Services Malaysia

Pengunjung boleh membuat perbandingan mengenai pilihan pengajian di Australia, UK, Amerika Syarikat, Ireland, Switzerland, Singapura dan Malaysia, serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai institusi (universiti, kolej swasta dan sekolah khusus), tarikh pengambilan, syarat kemasukan, kos sara hidup dan prospek kerjaya.

Tarikh pameran diagihkan sepanjang bulan, untuk penyertaan menjadi lebih mudah:

  • 12 Nov (Rabu): Premiere Hotel, Klang | 1–5 ptg (Bacaan Tarot)
  • 15 Nov (Sabtu): WEIL Hotel, Ipoh | 1–6 ptg (Cosplay Meet & Greet)
  • 16 Nov (Ahad): E&O Hotel, Pulau Pinang | 1–6 ptg
  • 21 Nov (Jumaat): Zenith Hotel, Kuantan | 1–6 ptg
  • 22 Nov (Sabtu): Noble Resort Hotel, Melaka | 1–6 ptg (Bacaan Tarot)
  • 23 Nov (Ahad): KSL Resort Hotel, Johor Bahru | 1–6 ptg (Bacaan Tarot)
  • 30 Nov (Ahad): Aloft Hotel, Kuala Lumpur | 1–6 ptg

Tip: Bawa keputusan peperiksaan (atau keputusan percubaan), transkrip, pasport/KP, dan senarai kursus pilihan untuk mempercepatkan proses permohonan.

Latar Belakang Pameran Ini…

Sejak 1995, AUG Student Services telah membantu seramai 75,000 pelajar melanjutkan pengajian ke institusi ternama di seluruh dunia. Dengan rangkaian luas di Asia-Pasifik meliputi 30 pejabat (termasuk lima di Australia), AUG menawarkan perkhidmatan menyeluruh, merangkumi universiti, kolej swasta, TAFE dan sekolah, serta lengkap dengan maklumat penting: jadual, tarikh pengambilan, syarat kelayakan dan langkah seterusnya.

Apa yang membezakan AUG ialah sentuhan peribadi. Kakitangan berpengalaman, fasih pelbagai bahasa dan terkenal dengan memberi nasihat yang beretika dan khusus untuk setiap pelajar. Kaedahnya mudah: fahami & kenali pelajar — minatnya, keputusan, bajet dan garis masa— kemudian cadangkan kursus serta kampus yang sesuai, tanpa tergesa-gesa. Bantuan AUG tidak berakhir selepas permohonan sahaja, mereka turut menyediakan sokongan selepas pendaftaran dan jaringan komuniti yang membantu pelajar mengurangkan bebanan pada fasa permulaan pengajian. Selama bertahun-tahun, kerjasama bersama rakan kongsi yang dipercayai dan rangkaian alumni kukuh menjadikan sokongan ini satu jaminan keselamatan buat pelajar dan ibu bapa.

Pra-daftar hari ini dan datang awal untuk menikmati ganjaran! Dapatkan panduan tentang kursus, biasiswa dan permohonan — dan pulang dengan perancangan yang jelas untuk pengambilan 2026.