“Yang single jangan tengok” – Anggota Malbatt Peluk Suami Selepas Setahun Tak Jumpa

12 Nov 2025 • 5:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Perkongsian video di TikTok oleh pengguna @ecahkato_ mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik penuh emosi seorang anggota MALBATT (Malaysia Battalion) akhirnya bertemu semula dengan suaminya selepas setahun terpisah kerana tugasan di luar negara.

Dalam video tersebut, kelihatan anggota wanita berkenaan baru tiba dan terus berlari mendapatkan suaminya sebelum mereka berdua berpelukan erat sambil menahan sebak. Suasana sekitar turut diselubungi rasa haru apabila rakan-rakan dan ahli keluarga menyaksikan pertemuan itu.

@ecahkato_ We survived the late calls, the worries, the time zones. Welcome back to us.. Husbaby & Wifey @Capt N
image is not available
Hello Malaysia!! image is not available #malbatt85012image is not availableimage is not available #fyp #malaysiatiktok #foryou #malbatt ♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE image is not available

“Kita survive panggilan lewat malam, rasa risau dan perbezaan waktu. Selamat kembali kepada ‘kita’ berdua. Husbaby & Wifey. Hello Malaysia,” tulisnya di kapsyen.

Ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa kagum terhadap kekuatan pasangan ini yang berjaya menempuh jarak dan masa demi tanggungjawab serta cinta.

image is not available

Momen pertemuan ini bukan saja menyentuh hati, tetapi turut menjadi simbol pengorbanan anggota keselamatan dan keluarga mereka yang sanggup berpisah demi menjalankan amanah menjaga keamanan negara di luar tanah air.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.