
SANDAKAN: Rumah Wargatua Sri Harapan Batu 5, yang menjadi premis sementara Klinik Desa Batu 7, didapati tidak memiliki fasiliti yang baik.
Klinik itu dipindahkan sementara ke dewan berkenaan bagi kerja-kerja pembinaan bangunan baharu di kawasan itu yang dijangka siap 18 bulan lagi.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir pada Jumaat meninjau persekitaran dewan berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara itu bagi melihat sendiri keadaan fasiliti di dewan tersebut.
Semasa lawatan itu, beliau mendapati penghawa diingin di dewan itu tidak berfungsi, menyebabkan orang ramai dan kakitangan kesihatan terpaksa bergantung dengan kipas angin sahaja.




