Sedih lihat pakcik sakit sukar tunggang motor, bos kedai telefon mahu tanggung kos ubah suai

LocalEntertainment
25 Dec 2024 • 12:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sedih lihat pakcik sakit

Bos kedai telefon sedih lihat pakcik sakit tunggang motosikal apabila memandu di belakangnya bagi mengawasi keadaan memandangkan warga emas itu berada dalam keadaan tidak begitu sihat.

Menerusi video yang dikongsi bosslee_oe, dia telah memuat naik perkongsian tersebut selepas pakcik yang tular mahu menjual telefon bimbit untuk mendapatkan duit bagi menampung kos rawatan datang semula ke kedainya untuk meminta bantuan.

@bosslee_oe

Hari ini, abang Melayu itu datang meminta bantuan daripada saya. Dia bertanya tentang cara memohon KWSP. Saya memberitahunya bahawa saya akan menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya. Kakinya juga telah dirawat di hospital kerajaan, dan lukanya telah dibersihkan. Melihat keadaannya, saya berkata, “Boleh saya hantar awak pulang?” Tetapi dia berkeras mahu menunggang motosikalnya sendiri. Jadi, saya hanya dapat mengiringinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya. Saya ada satu idea. Saya mahu tambah satu roda pada motosikalnya kerana kakinya sudah lemah dan sangat berbahaya jika dibiarkan begitu. Adakah sesiapa yang tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kosnya saya akan tanggung sepenuhnya.

♬ 原聲 - Boss Lee_oe

Sedih lihat pakcik sakit bertongkat tunggang motosikal

Ujar bosslee_oe, warga emas itu meminta tolong mengajarnya cara memohon Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dia telah datang ke kedai dengan menunggang motosikal dalam keadaan yang sangat payah kerana kakinya tidak berada dalam kondisi yang baik kerana mengalami luka dan menghidap diabetes.

image is not available

Bos kedai telefon sedih lihat pakcik sakit

Disebabkan kasihan melihat pakcik tersebut bertongkat dan sukar untuk menaiki motosikal, dia telah menawarkan untuk menghantar warga emas terbabit pulang, namun ditolak olehnya.

Jadi, pemilik kedai telefon berkenaan mengiringi pakcik terbabit dari belakang sehingga dia sampai ke tujuan dengan selamat.

image is not available

Mahu bantu ubah suai motosikal biar lebih mudah dibawa

Susulan daripada itu, dia mempunyai satu idea untuk menambah satu lagi roda di motosikal pakcik berkenaan kerana berasa bimbang melihat keadaan kakinya yang agak lemah disebabkan penyakit dihidapi.

Dia juga mahu menanggung kos pengubahsuaian motosikal tersebut dan bertanyakan mana-mana pihak yang boleh membantunya.

ISaya ada satu idea. Saya mahu tambah satu roda pada motosikalnya kerana kakinya sudah lemah dan sangat berbahaya jika dibiarkan begitu. Adakah sesiapa yang tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kosnya saya akan tanggung sepenuhnya,” ujarnya.

Sedih lihat pakcik sakit itu mahu bergerak

Susulan dari perkongsian tersebut, ramai yang terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan pemilik kedai telefon itu dan mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu pakcik berkenaan.

Ada juga diantara pengguna media sosial berharap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melihat posting tersebut dan mempermudahkan urusan warga emas itu dalam membolehkannya mendapatkan kelulusan untuk menunggang motosikal beroda tiga.

image is not available

Terima kasih orang baik bantu sedih lihat pakcik sakit tu

image is not available

Semoga ada pegawai2 dari JPJ melihat video ni

image is not available

Dua2 orang baik. Seorang beri bantuan, seorang lagi tak ambil kesempatan

image is not available

Terdahulu, video seorang pakcik bertongkat datang ke sebuah kedai telekomunikas bagi menjual bimbit miliknya mengundang sebak ramai.

Dia melakukan tindakan tersebut susulan ketiadaan biaya mahu membayar kos rawatan ke hospital dan menjual telefom bimbit adalah usaha terakhirnya.

Oleh sebab itu, pemilik kedai telah memberikan duit tanpa mengambil telefon yang ingin dijual dan berpesan supaya datang bila-bila masa ke kedainya jika warga emas itu memerlukan sebarang bantuan.

Sumber: TikTok bosslee_oe