“Sedih Menang Dengan Cara Macam Ni, Tapi Rezeki Tetap Rezeki” – Tunku Mahkota Ismail

11 May 2024 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jdt

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) menzahirkan rasa sedih dengan kemenangan kali ini.

Menerusi Instagram Story, baginda berkongsi semula hantaran yang dibuat laman Official Johor memaparkan pasukan JDT kendalian Hector Bidoglio meraih trofi pertama pada musim 2024/25.

image is not available

image is not available

Satu lagi. Sedih menang dengan cara macam ni tapi rezeki tetap rezeki. Allah sebaik-baik perancang.

Terdahulu, Selangor FC memilih tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat selepas membuat penelitian dan perbincangan terperinci.

Pihaknya gusar dengan insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain serta pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.

image is not available

Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan pihaknya memandang serius segala bentuk keganasan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.