Sedihnya kalau agama lain bukan main laju, bila al-Quran dihina, senyap?- Ridhuan Tee

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar sikap segelintir ahli politik yang didakwanya pantas bersuara apabila melibatkan isu penghinaan agama lain berbanding Islam.

“Amboi… bukan main laju macai ultra kiasu Melayu respons tindakan pijak simbol agama lain, soolom,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Secara sinis beliau berkata pihak berkenaan turut “petik hadis dan al-Quran lagi bagi kuatkan hujah”.

‘Sedihnya kalau agama lain bukan main laju’

Tetapi apabila melibatkan penghinaan agama Islam termasuk memijak dan menconteng al-Quran, tindakan kelompok berkenaan hanya perlahan dan terkawal.

image is not available

Menurut Ridhuan Tee, keadaan itu menimbulkan tanggapan seolah-olah wujud pendekatan berbeza dalam menangani isu sensitiviti agama di negara ini.

Beliau turut mempersoalkan sikap pihak yang sering menuduh orang lain menunggang agama tetapi didakwanya melakukan perkara yang sama demi kepentingan politik.

“Selalu tuduh orang tunggang agama. Habis tu, kamu tunggang apa? Tunggang kuda? Biar betul ni? Takut tak terpilih ke?” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, beberapa pemimpin DAP beragama Islam tampil memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia susulan insiden memijak ‘Soolam’, simbol keagamaan Hindu.

Antara mereka, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Sheikh Omar Ali menegaskan Islam adalah agama yang membawa rahmat serta mempromosikan keharmonian, bukannya perpecahan antara masyarakat.

image is not available

Artikel lain: Isu RIBI tanpa kelulusan: Pulau Pinang sedia tapak alternatif, pemberian tanah bersesuaian- Kon Yeow

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan turut menggesa tindakan segera diambil terhadap individu yang didakwa menghina simbol suci agama Hindu ‘Trisula’, sambil menyifatkan perbuatan itu melampau dan tidak boleh dikompromi dalam negara majmuk seperti Malaysia.

image is not available

Insiden berkenaan tercetus selepas tular satu klip video memaparkan seorang individu memijak ‘Soolam’ atau ‘Trisula’ di lokasi yang tidak dikenal pasti sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat Hindu serta gelombang laporan polis di seluruh negara.

Sumber: FB Mohd Ridhuan Tee Abdullah