“Sedihnya, Macam Mana Nak Lalui Hari Hari Esok” – Tragedi Tanah Runtuh, Warga Emas Hilang 4 Ahli Keluarga Sekelip Mata

19 Dec 2022 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak tragedi tanah runtuh yang berlaku berlaku di Jalan Genting Highland-Batang Kali pada Jumaat lalu, rakyat menantikan perkembangan terkini dan berita penemuan mangsa kejadian.

image is not available 1 hari lalu

"Tenat Penyakit Hati Kau.." - Pertikai Bantuan Kerajaan, Individu Dilabel Tidak Sensitif Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali

Setiap hari ada sahaja berita menyayat hati berkenaan mangsa tragedi tersebut termasuklah penemuan mayat seorang ibu dan anak lelakinya dalam keadaan berpelukan.

Sementara itu, salah seorang mangsa Allahyarhamah Nurul Azwani dilaporkan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu.

image is not available

Sudah tentu berat dan perit bagi waris-waris mangsa insiden itu untuk membuat pengecaman dan mengenal pasti mayat ahli keluarga mereka.

Bayangkan perasaan seorang warga emas bernama Beh Su Lee ini yang kehilangan empat orang ahli keluarganya sekelip mata.

Itulah realiti yang terpaksa diterima wanita berusia 59 tahun itu selepas anak perempuan, menantu dan dua cucunya berusia enam dan setahun disahkan maut akibat musibah tanah runtuh itu.

Ramai warganet tidak kira agama dan bangsa mengucapkan takziah dan meluahkan rasa simpati mereka terhadap nasib yang menimpa Su Lee.

Rata-ratanya akui tidak dapat membayangkan perasaan warga emas dari Sabak bernam itu selain turut mendoakan agar dia dan ahli keluarga yang lain diberi kekuatan melalui ujian ini.

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available