Tanah Lembik, Lecak, Sukarkan Operasi Namun Anggota Terlibat Tetap Bermotivasi Tinggi

19 Dec 2022 • 1:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Meskipun pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik, lecak dan berkedalaman kira-kira 16 meter, namun SAR tetap diteruskan. - Gambar oleh Syeda Imran

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya sudah memasuki hari keempat.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 61 orang selamat dari

Operasi hari ini diteruskan bagi mengesan sembilan lagi mangsa tanah runtuh yang masih hilang.

Meskipun pasukan penyelamat berdepan keadaan tanah lembik dan lecak selain berketinggian mencecah kira-kira 16 meter namun emosi mereka terutama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertugas adalah baik dan bermotivasi.

Jurufoto Syeda Imran meninjau situasi semasa dan merakamkan gambar-gambar usaha pencarian berkenaan.

image is not available
Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini seramai 130 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi SAR dengan waktu penugasan dijalankan mengikut sistem penggiliran yang ditetapkan.

image is not available
Hari ini, enam anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dibawa masuk ke kawasan pencarian yang bermula pada 8.30 pagi tadi.

image is not available
Setakat ini 24 nyawa terkorban, sembilan lagi mangsa masih hilang dan 61 orang terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.

image is not available
Salah sebuah lori yang ditimpa tanah runtuh, dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat lalu.

image is not available
Antara barang peninggalan mangsa yang dikesan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya

image is not available
Polis telah mengenal pasti lima daripada tujuh pemilik kenderaan di lokasi insiden tanah runtuh di Batang Kali.

image is not available
Operasi SAR diteruskan 8 pagi ini dengan fokus kawasan Sektor A dan C serta kawasan sekitar yang belum digali.

image is not available
Emosi anggota JBPM bertugas adalah baik, bermotivasi dalam meneruskan operasi SAR bagi mengesan sembilan lagi mangsa tanah runtuh yang hilang.

image is not available
Operasi SAR ditangguhkan kira-kira 9.30 malam tadi berikutan keadaan cuaca buruk.

image is not available
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus bekerja bagi mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang.