Seedance 2.0 Mula Menghalang Janaan Video Yang Melanggar Harta Intelek

TechnologyDigital
15 Feb 2026 • 10:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak sampai seminggu selepas dilancarkan, Bytedance mula mengekang AI video generatif Seedance 2.0 daripada menjana video yang melanggar harta intelek. Ini selepas Bytedance menerima kecaman daripada SAG-AFTRA, MPAA, Disney dan kabinet negara Jepun.

Seedance 2.0 tular di media sosial menerusi video memaparkan Tom Cruise berlawan dengan Tom Cruise serta watak Dragonball bertinju dengan Doraemon. MPAA yang paling awal memintas Bytedance menghalang kandungan daripada Hollywood dijana oleh AI generatif. Kemudian Disney menghantar surat amaran yang sama selepas video mengandungi watak Star Wars dan Disney mula muncul di media sosial.

Langkah yang diambil Bytedance ialah sama seperti yang dilakukan OpenAI selepas Sora dilancarkan dan ia menerima kecaman pemilik harta intelek. Tetapi selepas itu OpenAI menandatangani perjanjian dengan Disney untuk melesenkan watak serta melakukan pelaburan $1 bilion. Pada waktu ini Bytedance belum mengumumkan sebarang perjanjian dilakukan untuk melesenkan Seedance 2.0 dengan ia hanya boleh diakses menggunakan Doubao dan Dreamina.