Segamat dilanda gempa bumi lagi pagi ini, gegaran ke-6 dalam seminggu

LocalEnvironment
30 Aug 2025 • 9:51 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah telah menggegarkan Segamat pagi tadi, menjadikannya gegaran keenam yang melanda daerah berkenaan dalam tempoh seminggu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berkenaan direkodkan pada jam 7.29 pagi dengan magnitud 2.7 pada jarak dua kilometer barat laut dari Segamat.

“Ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 2.5° Utara dan 102.8° timur dan gegaran dirasai di sekitar Segamat,’’ katanya menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini.

MetMalaysia juga memaklumkan, akan terus memantau keadaan tersebut.

Jabatan berkenaan turut meminta mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu dapat mengisi borang soalselidik pautan yang disediakan.

Tiada kerosakan direkodkan.

Sebelum ini, Segamat merekodkan beberapa kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. - 30 Ogos, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved