Segamat Kembali Bergegar, Gegaran Kali Keempat Dalam Tempoh Lima Hari

28 Aug 2025 • 10:22 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

SEGAMAT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu lagi gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud berlaku di daerah ini pada jam 7.56 malam tadi.

Lokasi Pusat Gempa

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berpusat pada koordinat 2.6 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 13 kilometer (km) utara Segamat.

Pemantauan Berterusan
Menurut jabatan itu, pemantauan rapi akan terus dijalankan dan sebarang perkembangan baharu berkaitan gempa bumi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kejadian malam ini menjadikan ia gegaran kali keempat direkodkan sejak Ahad lalu.

Gegaran Sebelum Ini

Pada Ahad, dua gempa bumi lemah dikesan di Johor masing-masing pada jam 6.13 pagi dan 9.00 pagi, manakala semalam pula gegaran berukuran 3.2 magnitud dilaporkan berlaku di Segamat pada jam 8.59 pagi. – The Malaysian Update

The post Segamat Kembali Bergegar, Gegaran Kali Keempat Dalam Tempoh Lima Hari appeared first on The Malaysian Update.