Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

LocalEnvironment
28 Aug 2025 • 9:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Penduduk daerah Segamat, Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7:56 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pusat gempa terletak di koordinat 2.6° Utara dan 102.8° Timur pada jarak 13km Utara dari Segamat dengan kedalaman 10km.

Tambah jabatan itu, gegaran dirasai di Johor dan pihaknya memaklumkan akan terus memantau keadaan ini.

Sebelum ini pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.

Manakala semalam, gempa bumi lemah ketiga berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa diterima setakat ini.