
Kota Kinabalu: Syarikat konsesi jalan raya diminta segera membaiki jalan dan jambatan yang rosak di kawasan di bawah bidang kuasa mereka dalam banjir baru-baru ini.
“Saya melawat kawasan yang dilanda banjir di Paitan seperti Kg Atong, Lingkabau, Kg Ulu Toliduson, Kg Sungai-Sungai, Kg Sulit dan sebagainya.
Advertisement“Kami mendapati banyak kerosakan, terutama jambatan. Di Lingkabau, dua jambatan sepanjang 50 meter perlu dibina semula untuk menghubungkan beberapa kampung,” kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Negeri Datuk James Ratib.
Adun Sugut itu berkata, penduduk akan perlu pergi ke klinik dan sekolah, selain mengangkut hasil pertanian dari ladang mereka.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Tanpa pembaikan kepada jalan dan jambatan penghubung yang rosak, tentu sukar untuk menjalankan aktiviti harian dan ekonomi mereka.
“Perhatian khusus juga perlu bagi pembinaan jambatan di Kg Ulu Toliduson kerana jalan kampung itu satu-satunya alternatif penting untuk penduduk mengangkut hasil tani mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sekiranya jambatan itu tidak dapat dibina, maka tiada alternatif jika berlaku apa-apa selain kesukaran untuk memasarkan hasil pertanian mereka,” katanya, menambah di Kg Sungai-Sungai, jambatan yang hampir runtuh merupakan satu-satunya laluan utama untuk kira-kira 500 penduduk kampung.
“Mereka kini tiada laluan darat kerana penduduk tidak boleh keluar atau masuk kawasan itu. Jadi saya minta kerajaan atau syarikat konsesi membina atau membaiki jambatan ini dengan segera,” katanya sambil menambah beliau akan mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyenaraikan semua infrastruktur yang rosak.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Begitu juga dengan Jabatan Kemajuan Negeri di bawah ICU supaya mereka boleh mengenal pasti kerosakan mana yang perlu diutamakan. Bakul makanan telah diagihkan bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi musibah tersebut.
Pasukan keselamatan turut bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan membantu mangsa serta memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Di KUNAK, ramai pemandu yang menggunakan laluan utama jalan persekutuan, Jalan Kunak-Lahad Datu di sini berkongsi pengalaman berdepan situasi cemas apabila terpaksa melalui jalan rosak yang berlubang-lubang di kawasan itu.
Media sosial menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya berkongsi gambar dengan keadaan tayar kenderaan mereka pecah dan rim bengkok selepas melalui jalan rosak yang berlubang-lubang, ditambah cuaca yang tidak menentu seperti hujan, menyukarkan mereka mengenal pasti keadaan struktur jalan raya yang berbahaya ketika pemanduan.
Lokasi paling terjejas terletak di sepanjang jalan selepas Jambatan Sg Dewata (kawasan Sabahan) sehingga Simpang QL Plantation di mana terdapat banyak lubang jalan yang semakin membesar di kedua-dua arah dan digenangi air semasa hujan.
“Keadaan itu menyukarkan pemanduan, lebih-lebih lagi pada waktu malam,” kata seorang pemandu yang melalui kawasan tersebut baru-baru ini.
Difahamkan, beberapa kenderaan pengguna mengalami kerosakan seperti tayar pecah dan rim bengkok selepas terlanggar lubang jalan di kawasan tersebut.
Pengguna berharap pihak berkenaan memantau keadaan jalan raya di kawasan itu dan semua lokasi yang mempunyai lubang berbahaya lebih-lebih lagi kepada pemandu kenderaan kecil.
Tinjauan mendapati banyak lubang jalan yang terbiar agak lama tanpa pembaikan sepanjang laluan Jalan Kunak-Lahad Datu, termasuk di kawasan Lormalong, Madai, dan jalan bercerun serta berliku di Bukit Baturong.
Mengenai lubang jalan yang tular di media sosial itu, Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya merujukkan perkara tersebut untuk perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) kawasan dan Unit Pan Borneo.
Sebelum ini, isu yang dibangkitkan turut mendapat perhatian daripada Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani yang menggesa pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan, mengambil perhatian serius terhadap masalah kerosakan struktur jalan raya di Sabah, termasuk di kawasan Kudat, Keningau dan lokasi lain yang berdepan masalah sama.
Sementara itu, Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) berkata JKR dan syarikat konsesi bertanggungjawab atas penyelenggaraan jalan digesa supaya segera membaiki jalan berlubang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Pengerusinya, Steve Johnny Mositun berkata, kejadian tragis baru-baru ini yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal akibat jalan berlubang berhampiran Jejambat Lido, Jalan Lintas di Kota Kinabalu seharusnya menjadi iktibar kepada pihak bertanggungjawab.
Penunggang motosikal, Anthonius William (gambar), 38, maut selepas melanggar lubang kira-kira jam 11.15 pagi Isnin, ketika dalam perjalanan dari City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Steve berkata, Kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan harus mengambil peristiwa malang itu sebagai pengajaran serius.
“Tragedi ini bukan kemalangan biasa, tetapi mencerminkan kelemahan Kerajaan dalam memastikan infrastruktur awam selamat.
“Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik telah mengorbankan nyawa muda. Apa yang lebih membimbangkan ialah kemalangan itu berlaku pada waktu pagi ketika penglihatan masih jelas. LUBANG jalan di Lido yang dilanggar oleh mangsa.
“Jika kejadian sebegitu boleh berlaku pada waktu siang, bagaimana pula pada waktu malam?
“Ini jelas menunjukkan kegagalan pihak bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Orang ramai semakin hilang kepercayaan kerana kejadian seperti itu terus berlaku tanpa sebarang tindakan tegas diambil terhadap pihak cuai.
“Berapa lama lagi nyawa rakyat harus dikorbankan sebelum langkah drastik diambil,” kata Steve dalam satu kenyataan. Steve (kedua, kanan) dan beberapa ahli Majlis Belia KDCA memberi penghormatan kepada simati.
Beliau juga berkata Majlis Belia KDCA akan terus menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat, khususnya golongan belia, agar keselamatan jalan raya tidak dipandang ringan.
“Saya juga menggesa supaya siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kejadian ini, dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Kita tidak boleh biarkan kejadian ini berlalu tanpa tindakan. Kerajaan dan pihak berwajib mesti bertindak segera.
“Kita tidak boleh membiarkan tragedi ini menjadi satu lagi statistik tanpa sebarang perubahan.”


