Pemandu kongsi pengalaman cemas di media sosial lalui jalan berlubang-lubang di Kunak

5 Feb 2025 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Ramai dikalangan pemandu kenderaan yang menggunakan laluan utama jalan persekutuan , Jalan Kunak - Lahad Datu di sini berkongsi pengalaman berdepan situasi cemas apabila terpaksa menggunakan jalan rosak yang berlubang-lubang di kawasan itu.

Media sosial menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalanraya berkongsi gambar dengan keadaan tayar kenderaan mereka pecah dan rim bengkok selepas melalui jalan rosak yang berlubang-lubang ditambah cuaca yang tidak menentu seperti hujan, menyukarkan mereka mengenalpasti keadaan struktur jalanraya yang berbahaya ketika pemanduan.

AdvertisementLokasi yang paling teruk terjejas di sepanjang jalan selepas Jambatan Sg.Dewata (kawasan Sabahan) sehingga Simpang QL Plantation dimana banyak lubang jalan yang semakin membesar di kedua-dua arah dan digenangi air semasa hujan.

"Keadaan itu menyukarkan pemanduan lebih-lebih lagi pada waktu malam", kata seorang pemandu yang melalui kawasan tersebut baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Difahamkan, beberapa kenderaan pengguna mengalami kerosakan seperti tayar pecah dan rim bengkok selepas terlanggar lubang-lubang jalan di kawasan tersebut.