SEGiM sedia bantu selaras SOP hantar, ambil barang p-hailing

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 6:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SEGiM sedia bantu selaras SOP hantar, ambil barang p-hailing

PETALING JAYA: Garis panduan pengambilan dan penghantaran barang melibatkan syarikat kurier perlu diwujudkan serta dikawal selia di bawah punca kuasa Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM).

Presiden Majlis Ekonomi Gig Malaysia (MyGiG), Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, suruhanjaya itu boleh memainkan peranan sebagai badan penyelaras dengan memastikan aspek keselamatan industri gig berjalan secara teratur dan berkesan.

Katanya, SEGiM bersedia membantu mana-mana pihak yang terlibat dalam industri bagi menyelaras kerjasama strategik antara syarikat dan agensi berkaitan untuk memperkemas SOP berkenaan.

“Kalau kita lihat sektor p-hailing dan e-hailing, terlalu banyak pihak yang kawal selia. Sebagai contoh soal keselamatan melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kenderaan pula berkaitan Kementerian Pengangkutan dan begitu juga aplikasi yang melibatkan Kementerian Digital.

“Sebab itu pentingnya ia diselaras SOP di bawa punca kuasa suruhanjaya supaya ia dapat menyelesaikan pelbagai isu dan masalah berpanjangan yang membelenggu kira-kira 3.22 juta pekerja dalam sektor berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Hussein Omar Khan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (MCMC) serta Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur perkhidmatan kurier penghantaran barang.

Katanya, di bawah cadangan itu, pengambilan dan penghantaran hanya dilakukan di lokasi tertentu yang mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam pada itu, Mohd. Sharkar berkata, kerjasama antara SEGiM, agensi keselamatan, pihak berkuasa dan pemain industri penting bagi memastikan sebarang kelemahan SOP dapat dikenal pasti dan ditambah baik.

“Semua pihak yang ada dalam industri bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan dan semua agensi penguatkuasaan dalam memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan.

“Jika terdapat satu kerangka dan SOP yang jelas serta seragam, lebih mudah untuk kita menentukan tanggungjawab setiap pihak dan mengambil tindakan sekiranya berlaku penyalahgunaan perkhidmatan,” katanya.

Mohd. Sharkar dalam masa yang sama berkata, pendekatan itu bukan bertujuan membebankan pemandu atau pemain industri, sebaliknya memastikan ekosistem penghantaran barang dan p-hailing mempunyai mekanisme kawal selia yang lebih tersusun.

“Ini penting supaya perkhidmatan yang disediakan oleh industri gig tidak dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya. – UTUSAN

The post SEGiM sedia bantu selaras SOP hantar, ambil barang p-hailing appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved